Muhammad Faisal
Hamzah, anak kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin, didakwa di
Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas sembilan pertuduhan mengenai
pelanggaran berhubung subsidi minyak masak.

Menurut laporan The Edge, Faisal, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55.

Kedua-dua mereka adalah pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd, pemegang lesen minyak masak borong.

Mereka
didakwa memberikan maklumat palsu dengan mengeluarkan invois palsu
mengenai penjualan minyak itu kepada syarikat peruncit tempatan yang
menyalahi Seksyen 8(4) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Minyak masak adalah barang kawalan menurut akta berkenaan.

Hamzah pernah menjadi menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional.

Dia
juga berkhidmat sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal
pengguna semasa kerajaan BN sebelum itu dari Julai 2015 hingga Mei 2018.