Bekas menteri besar
Perlis Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas tuduhan
membuat tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta untuk perjalanannya ke
United Kingdom (UK).
Pendakwaan membuat lima pendakwaan terhadap Azlan di depan hakim NorSalha Hamzah.
Azlan, 64, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pendakwaan
dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 atas
kesalahan mengemukakan dokumen palsu dengan niat untuk memperdaya.
Jika
disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20
tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan palsu yang
dikemukakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2013 hingga 2017.
Azlan diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid manakala Ahmad Akram Gharib menjadi timbalan pendakwa raya.
Dia merupakan Adun Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memegang kerusi DUN Bintong pada 2018 hingga 2022.
Dia gagal mempertahankan kerusi DUN itu pada PRU lalu.
Selepas PRU 2018, Azlan menjadi menteri besar terakhir yang dilantik selepas BN Perlis enggan memberi sokongan kepadanya.
Adun BN akhirnya akur dan menyertai pentadbiran Azlan.

0 Komentar