Kerajaan hari ini bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ini bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman serta meluangkan lebih banyak masa dan kesempatan untuk menyambut Aidilfitri.

"Sekiranya,
1 Syawal jatuh pada hari Jumaat 21 April, maka kerajaan akan menetapkan
hari Isnin 24 April sebagai kelepasan am berdasarkan Seksyen 8 Hari
Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaubagaimanapun,
andai kata tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu 22 April, yang kini
kemungkinan besar, maka kerajaan hari Jumaat 21 April sebagai hari
kelepasan am tambahan," katanya.

Tambahnya,
Kerajaan Sabah dan Sarawak boleh mengistiharkan hari kelepasan am pada
tarikh tersebut mengikut ordinan hari kelepasan am masing-masing.

Pengumuman
rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya
Aidilfitri akan dibuat pada Khamis, 20 April oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja.

Sementara itu, perdana menteri berkata Jabatan
Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah
Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan
Yang Dinanti) sempena sambutan Syawal ini.

Langkah itu, kata
Anwar untuk memberi peluang buat penghuni penjara beragama Islam
merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama
lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Pelepasan
OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan
pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal," katanya.