Pengguna lebuh raya di negara ini akan menikmati perjalanan bebas tol
dari 19 hingga 21 April, serta 24 April ini sempena sambutan
Aidilfitri.

Pelepasan istimewa itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini.

Kata
Anwar pelepasan bayaran tol itu akan dilaksanakan ke atas semua jenis
kenderaan yang menggunakan 33 lebuh raya di negara ini.

“Kerajaan
bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol
selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya yang pulang
ke kampung halaman,” katanya.

Dia
turut menyatakan kerajaan bekerjasama dengan pasar raya terpilih untuk
menawarkan barangan mentah pada kadar diskaun khas untuk pengusaha Menu
Rahmah.

Kata Anwar kadar diskaun khas harga barangan mentah akan
diberikan kepada pengusaha menu Rahmah bagi memastikan kelestarian
inisiatif itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui
ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha
dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan menu Rahmah yang
telah memberikan manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang
berkemampuan,” katanya.

Turut dilaksanakan ialah diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini.

Semua
saman polis itu, tambahnya, akan dikenakan kompaun RM50 saja.
Bagaimanapun menurut ahli parlimen Tambun itu lagi, tawaran tersebut
tidak terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun
ini.