PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket
penerbangan kepada pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA)
dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia membabitkan
pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung
serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan
kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung
permintaan yang tinggi.
“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal
tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi … kita akan ada perancangan
untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad semalam.

0 Komentar