Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),
Mazlan Aliman merayu kepada kerajaan agar meneruskan insentif memberi
duit raya kepada 112,635 peneroka Felda sempena Hari Raya Aidilfitri
tidak lama lagi.

Dia yang juga merupakan pengerusi
Pertubuhan Gerak Tani berkata pemberian itu dapat menghargai jasa dan
pengorbanan kakitangan Felda bertungkus lumus bekerja.

“Saya mengambil kesempatan setiap kali bulan Ramadan, merayu agar duit raya dapat diberikan kepada peneroka Felda.

“Jumlahnya
terpulang kepada budi bicara YAB perdana menteri atau kerajaan,”
katanya dalam majlis sumbangan kain batik dan kain pelikat kepada 15
orang kakitangan Felda dan Felda Plantation Management (FPM) di Felda
Bukit Ramun di Kota Tinggi, Johor.

Turut sama hadir
dalam majlis tersebut, pengurus Felda Bukit Ramun, Sahrol Farizal Mohd
Noor, dan pengurus FPM Bukit Ramun Saiful Hanizam Esa.

Sementara
itu, Felda berkata pemberian duit raya dapat memberi erti yang besar
kepada warga Felda dan membantu mereka yang berdepan bebas kos sara
hidup.

Katanya, insentif yang dihentikan sejak tahun
2019 itu wajar diberikan semula memandangkan rata-rata warga peneroka
sudah berusia.