KUALA LUMPUR: Antara yang perlu pencarum KWSP
faham sebelum membuat sebarang permohonan bagi meminjam pembiayaan bank
dengan bersandarkan kepada tabungan Akuan 2 menerusi program Fasiliti
Sokongan Akaun 2 (FSA2).


Program bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi
daripada bank dengan menjadikan tabungan dalam Akaun 2 sebagai sandaran
pembiayaan menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun
atau 55 Tahun. Pembayaran hanya akan dibuat kepada bank apabila ahli
mencapai usia 50 hingga 55 tahun.


Manfaat FSA2


Membolehkan pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan sementara
mendapatkan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi, dengan simpanan
ahli kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP. Ia
juga membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan
dividen ke atas simpanan persaraan mereka


Fasa pelaksanaan FSA2


Dibuat dalam dua fasa.


Fasa 1 - Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023.


- Semakan kelayakan amaun boleh dipohon boleh buat mulai 5 April 2023 - layari https://fsa2.kwsp.gov.my


Fasa 2 - Permohonan bagi ahli bawah usia 40 tahun akan dimaklumkan kelak.


Cara permohonan:


- Dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian.


Bank yang sediakan kemudahan FSA2:


- Bank Simpanan Nasional (BSN)


- MBSB Bank


- KWSP akan menambah bilangan bank yang ambil bahagian


Antara syarat dikenakan:


- Mempunyai minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.


- Pembiayaan maksimum RM50,000


- Tempoh bayaran balik 10 tahun.


Kadar faedah dikenakan?


- 4% hingga 5% faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik


Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat?


KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2
ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank, sebelum lebihan akan
dipulangkan kepada ahli.