Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dakwa ada usaha
terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan
Khazali.
Norizan dikatakan akan mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara menggantikan Sanusi.
Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti.
“Saya
bercakap sebelum benda ini berlaku dan saya tak boleh biarkan perkara
seperti ini berlaku. Kalau orang minta bukti memanglah tiada sebab
gerakan ini belum menjadi realiti,” katanya menurut Berita Harian.
Menurut
Sanusi, tindakan itu bertentangan dengan konvensyen Majlis Kewangan
Negara yang dipengerusikan perdana menteri diurus selia menteri kewangan
dan dianggotai Jemaah Menteri serta wakil negeri iaitu dalam kalangan
menteri besar atau ketua menteri.
Sanusi
turut mendakwa gerakan itu dibuat kerana kelantangannya mengkritik
kerajaan persekutuan dan wujud usaha melobi Sultan Kedah Sultan
Sallehuddin Badlishah bagi tujuan demikian.
Perkara 108
Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu
diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap
negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.
Antara
peranan majlis itu adalah menasihati berhubung pengurusan kewangan
kerajaan pusat dan negeri selain pembahagian hasil cukai serta royalti.

0 Komentar