Keputusan kerajaan semalam untuk menarik balik rayuannya terhadap
penghakiman yang membenarkan Jill Ireland - seorang penduduk Sarawak
bukan Islam - menggunakan kalimah Allah, telah mencetuskan persoalan
mengenai implikasi undang-undang.
Antara persoalan itu adalah sama
ada keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada penduduk Kristian
Melanau itu bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang
menghalang penerbitan mingguan Katolik, The Herald daripada menggunakan perkataan "Allah".
Mengambil kira perkara ini, bekas presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun kedua-dua penghakiman itu seolah-olah seakan mempunyai persamaan, namun sebenarnya terdapat perbezaan.

Salim
berkata keputusan Mahkamah Rayuan lebih mengkhusus mengenai penggunaan
kalimah Allah dalam kes The Herald, manakala keputusan kes Ireland pula
adalah mengenai penggunaan perkataan itu untuk penerbitan pembelajaran
dan pengajaran agama.
Justeru,
dia berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan
terhadap keputusan kes Ireland, memperkukuh hak masyarakat Kristian
untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan pendidikan agama.
Ini,
katanya, keputusan Mahkamah Tinggi 2021 telah menunjukkan bahawa
masyarakat berkenaan telah menggunakan perkataan Arab tersebut merujuk
kepada Tuhan untuk tujuan pengajaran selama lebih 400 tahun.
“Selaras
keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan itu, kini akan diulangi
bahawa arahan yang dikeluarkan melalui pekeliling KDN oleh bahagian
kawalan penerbitan yang mengharamkan perkataan Allah dalam semua
penerbitan Kristian di Malaysia adalah menyalahi undang-undang dan tidak
berperlembagaan.
"Masih belum dapat dilihat jika undang-undang
yang ditetapkan sekarang berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum
ini, akan memberi kesan kepada undang-undang Syariah negeri mengenai isu
ini," tambah Salim.

Peguam
veteran Syed Iskandar Syed Jaafar berkongsi pandangan yang sama dan
menyokong keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan dalam kes
Ireland.
Katanya, rakyat Malaysia harus saling menghormati
kepercayaan satu sama lain dan tidak menuntut hak eksklusif terhadap
penggunaan kalimah Allah kerana penganut Kristian tertentu masih
menggunakannya dalam amalan agama mereka.
“Sabah dan Sarawak telah
menunjukkan contoh dalam isu ini kerana ia bukan isu di sana, dengan
semua orang menggunakannya secara bebas, dan begitu juga di peringkat
antarabangsa,” kata Syed Iskandar.
Satu lagi contoh kewujudan
bersama secara aman yang dipetiknya ialah bagaimana masyarakat Islam dan
Kristian di UK menggunakan gereja Universiti Birmingham.
"Setiap Jumaat, kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat Jumaat mereka di gereja Universiti Birmingham," kata Syed Iskandar.
Pada
15 Mei lalu, kerajaan menarik balik rayuannya terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi yang membenarkan Ireland menggunakan kalimah “Allah”
untuk tujuan agama dan pendidikan.
daripada pelbagai pihak, dengan Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah
Persekutuan menuntut kerajaan mendedahkan jika keputusan itu ada
dirundingkan bersama majlis-majlis agama negeri Wilayah Persekutuan,
Selangor dan Kedah sebelum menarik balik rayuan itu

0 Komentar