Ketika desas-desus
mengenai kemungkinan melakukan rombakan kabinet semakin kerap
kedengaran, Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersahaja
menanggapi isu tersebut.
Anwar bahkan bersikap 'terbuka' untuk menerima sebarang pandangan daripada pihak lain mengenai kemungkinan tersebut.
“Kalau ada cadangan, sila tulis kepada saya dan saya akan beri pertimbangan yang sebaiknya,” katanya.
Perdana menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu
ahli parlimen Tambun itu ditanya mengenai spekulasi akan berlaku
rombalan kabinet selepas pilihan raya negeri diadakan sebulan dua ini.

Turut hadir di majlis yang belangsung di Pusat Dagangan Dunai KL itu ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sebelum
ini, sebuah portal berita melaporkan tentang spekulasi berkenaan
rombakan kabinet untuk menggantikan anggota kabinet yang tidak
berprestasi.
Ia juga didakwa membabitkan ketua setiausaha dan ketua pengarah di beberapa kementerian.
Sementara
itu, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi
berkata rombakan kabinet bawah kerajaan perpaduan adalah hak mutlak
perdana menteri.
Katanya ia juga dibuat berdasarkan budi bicara Anwar.
“Lazimnya
tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) kabinet
untuk melakukan rombakan,” katanya selepas merasmikan kemuncak Minggu
Latihan Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini.

0 Komentar