SHAH ALAM - Kerajaan Negeri men
junjung titah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj yang melarang peng-
gunaan kalimah Allah oleh penganut
bukan Islam seperti termaktub dalam
enakmen.


Pendirian ini selaras keputusan Mah-
kamah Persekutuan pada 2014 dan fat-
wa yang diwartakan di Selangor pada
18 Februari 2010 berkaitan perkara
sama, kata Dato’ Menteri Besar Dato’
Seri Amirudin Shari dalam kenyataan.
Tambahnya, Kerajaan Negeri me-
negaskan hak dan enakmen sedia ada
khususnya Enakmen Ugama Bukan
Islam (Pengawalan Perkembangan Di
Kalangan Orang Islam) 1988 akan terus
dipertahankan.


“(Pendirian) ini bermaksud perkem-
bangan ini tidak akan menjejaskan atau
mengancam pendirian Kerajaan Negeri
berhubung penggunaan kalimah Al-
lah,” katanya pada 17 Mei.


Amirudin turut menegaskan Kera-
jaan Negeri melindungi kepercayaan
bahawa agama harus dihormati dan
tidak menggugat keharmonian yang
telah dibina dan menjadi asas kepada
Selangor.


Sementara itu, Majlis Agama Islam Se-
langor (Mais) menyeru kerajaan perse-
kutuan meneruskan rayuan isu penggu-
naan kalimah Allah agar keputusan itu
menjadi rujukan lebih muktamad.


Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof menegaskan kalimah Allah
tidak boleh digunakan oleh penganut
bukan Islam seperti termaktub dalam
Enakmen Ugama Bukan Islam (Pen-
gawalan Pengembangan di Kalangan
Orang Islam) 1988