LENGGONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.

0 Komentar