Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa 19 April akan menjadi cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.

“Kita
mengambil kira kesejahteraan semua pihak, termasuk guru dan kakitangan
kementerian pendidikan," katanya hari ini selepas menghadiri forum
antirasuah di Putrajaya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) sebelum ini menggesa Kementerian Pendidikan
memperuntukkan cuti khas untuk guru pada 19 April ini.

Menurut
laporan Berita Harian, Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata cuti khas
itu perlu kerana berkemungkinan hari pertama Aidilfitri jatuh pada 21
April iaitu sehari lebih awal daripada tarikh rasmi.

Dia menambah
bahawa hari cuti tambahan akan membolehkan guru dan keluarga mempunyai
lebih banyak masa untuk pulang ke kampung halaman.

Selain itu, Aminuddin berkata ini juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya pada hujung minggu Aidilfitri.