Gara-gara memuat naik ciapan berunsur perkauman, lelaki yang bernama Roslizal Razali akhirnya berjaya ditahan pihak polis.
Selepas
enam hari diburu Bukit Aman, lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan
di Kuala Lumpur, pada hari Rabu untuk membantu siasatan kes hasutan.
Ketua
Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A
Skandaguru berkata, laptop dan telefon bimbit milik suspek turut
dirampas.
“Suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.
“Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
“Suspek
juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan
rangkaian,” katanya.
Terdahulu, pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang mengesan Roslizal Razali pada 6 April lalu.
Antara ciapan yang dimuat naik Roslizal ialah tuduhan wanita bakal dibenarkan

0 Komentar