Perdana Menteri
Anwar Ibrahim membidas hartawan yang mahu menegakkan hak Melayu tetapi
sebaliknya bertindak memperkayakan diri dan keluarga sendiri.

Dia
berkata berkata jika golongan berkenaan benar-benar serius untuk
menyelamatkan orang Melayu, mereka boleh menyerahkan separuh keuntungan
mereka.

“Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak bagitahu
pembesar-pembesar, tun-tun, tan sri-tan sri yang kaya-kaya ini, betul
nak tolong Melayu? Yang ambil keuntungan bilion bilion untung, bagi
setengah kepada orang Melayu besok," katanya pada majlis rumah terbuka
Madani di UiTM, Pulau Pinang hari ini.

Anwar juga menyebut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Kata
pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jika mereka serius untuk menegakkan
hak orang Melayu, apa yang "disakau" mesti dikembalikan kepada orang
Melayu.

"Berapa kekayaan? RM10 bilion? RM15 bilion? Betul nak
tolong Melayu? Ya. Betul nak jadi pejuang Melayu? Ya. Betul nak hidupkan
Melayu? Yang kamu sakau itu kamu kembalikan kepada orang Melayu,"
katanya.

Pada masa lalu, Anwar mendakwa bahawa ramai pemimpin politik telah mengumpul kekayaan besar-besaran.

Tambahnya,
tindakan akan diambil terhadap individu rasuah yang menyalahgunakan
kuasa mereka, termasuk mereka yang bergelar ‘Tun’ dan ‘Tan Sri’.