Ahli Majlis Pimpinan
PKR Kelantan Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata syarikat induk
pengendali belakan air itu perlu memberi pengesahan sama ada salinan
notis yang tular itu sahih atau sebaliknya.
Jika ia benar dan
maklumat tersebut sahih, katanya, bermakna tiada langkah positif diambil
pihak kerajaan negeri ekoran kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ketika
timbalan presiden PAS itu menjadi menteri sebeluym ini.
Suatu
ketika dulu tambah Rosli, Tuan Ibrahim dianggap menjadi asas perubahan
pentadbiran AKSB dalam usaha mereka membaiki perkhidmatan bekalan air di
Kelantyan.
“Kita
menggesa AKSB mengesahkan adakah surat tersebut sahih dan menjelaskan
rasional pemberian sagu hati itu, sama ada sepadan dengan pencapaian
serta sasaran syarikat terbabit membekalkan air bersih kepada seluruh
rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini hari ini.
Malaysiakini
sudah mengemukakan soalan kepada AKSB untuk mendapatkan reaksi
berhubung dakwaan berkenaan dan sedang menunggu kenyataan mereka.
Semalam
seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain mendedahkan
salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian
Aidilfitri pada tahun ini.
Notis tersebut antara lain memaklumkan
AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli
lembaga pengarah AKSB, manakala semua kakitangan syarikat menerima
bayaran RM200.
Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.
Melalui
hantaran di Facebook, pendedahan Wan Mahussin itu setakat ini dikongsi
lebih 600 pengguna selain turut tular di aplikasi kumpulan WhatsApp.
Ia
didedahkan kira-kira dua minggu selepas media melaporkan bagaimana Ahli
Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah ohd Yusoff dituduh mencuri air dari
pili bomba untuk diagihkan kepada penduduk setempat.
Siti Zailah sudah menafikan tuduhan tersebut, dan seorang kontraktor dikenakan kompaun RM100 selepas dia mengaku salah mengambil air dari pili bomba tanpa izin di Rantau Panjang.
Sementara itu Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tiada komen. Biarlah benda dah viral (tular) nak buat macam mana,” katanya ringkas.


0 Komentar