Timbalan Ketua
Menteri I Pulau Pinang Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dijadual mengadakan
sidang media di sebuah surau di Pulau Pinang yang terpalit kontroversi
isu laungan azan.
Sidang media itu akan diadakan Surau Saidina Umar Tri Pinnacle, Tanjung Tokong pada jam enam petang ini.
Zakiyuddin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas isu itu buat masa ini kerana akan menyentuhnya dalam sesi khusus petang ini.
Beberapa
hari lepas tersebar dakwaan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bersama
(JMP) pangsapuri itu melarang surau menggunakan pembesar suara.

Isu itu menjadi hangat selepas diuar-uarkan oleh aktivis lantang negeri Mohd Sophian Mohd Zain melalui video di media sosial.
“Dia memang tak benarkan laungkan azan. Nak suruh speaker itu letak di dalam.
“Sebelum ini dah minta kurangkan kepada volume 1, tapi masih suruh perlahankan lagi,” dakwanya kepada Malaysiakini selepas itu.
Selain itu turut tersebar video rakaman pertengkaran dalam sebuah mesyuarat berkaitan isu itu.
Pengerusi surau itu Muhammad Nasir Abd Majid itu memberitahu Malaysiakini ia berlaku pada 23 Mac lalu dalam mesyuart agung JMB.
“Tuan boleh dengar sendiri, mereka (JMB) yang minta pembesar suara diletakkan di dalam surau saja,” katanya.
Dia mendedahkan isu itu telah berlarutan sejak tahun lalu dan mereka telah pun menurunkan kelantangan pembesar suara surau itu.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak dapat memenuhi permintaan itu dengan hanya memasang pembesar suara di dalam surau.
“Kondo ini tinggi, kalau tak pakai pembesar suara tak akan dengar sampai ke tingkat 48 (paling atas),” katanya.
Sementara itu, Nasir menegaskan bahasa kes di surau mereka itu tidak melibatkan sebarang isu perkauman atau politik.
“Ia tentang sensetiviti umat Islam,” jelasnya.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi JMB sejak semalam tetapi tidak berjaya.
Laporan
polis berkaitan kes itu telah dibuat oleh anggota jawatankuasa surau
itu tetapi mereka enggan berkongsinya dengan pihak media.
Malam
ini, dua lagi laporan polis dilapor akan dibuat, satu oleh Ketua Pemuda
PKR Permatang Pauh, Fahmi Zainol di di Ibu Pejabat Polis Timur Laut.
Sophian
juga berkata akan membuat laporan di balai polis Tanjung Tokong pada
malam ini dan mengajak orang ramai turut hadir memberikan sokongan.
Malam
tadi, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor juga mengulas isu itu
dengan menegaskan penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau
seluruh negeri itu dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

0 Komentar